Follow Dashboard
Tokens?

Haluuuuuuuuu ♥
Sunday, 15 July 2012 | 10:26
Assalamualaikummmm
Long time aku tak tulis dalam blog ni. dah bersawang-sawang dah aku rasa. haha, aku gebang. kay, back to the topic. aku lama tak update sebab sibuk gila-gila! dengan sekolah, homework, stayback and my novels. aku update blog ni pun tengah-tengah malam buta! masa tu je aku ada masa. yang lain, leburrrrr! and yeahhh, novels! aish, actually bende ni aku memang nak rahsiakan. aku tak nak heboh.. well, aku ni bukan ada pengalaman nak tulis-tulis novel ni segala.. just nak mencuba. tapi kawan-kawan aku dah tauuuuu! ramai pulak tu! ngehhh, terpaksa jugaklah aku iyakan.. 

Mulanya aku nak buat novel ni disebabkan ada seseorang yang aku minat dari jauh. aku describe dia dalam novel memang indah sangat-sangat! iyalah.. real-real pun dia memang indah.. haha, lol. and then terciptalah ilham aku nak buat novel.. aku mula buat novel masa form one lagi. tapi, memang hari tu hari yang sangat-sangat-sangat malang! boleh pulak pendrive masuk virus! segala maklumat hilang macam tu je! aku memang sah-sah la tak boleh terima. yang kawan aku si nad and cass ni memang dah tau aku buat novel masa time form one tu. diaorang asyik merengek je nak novel tu.. nak novel tu.. aku bagitau dah hilang pun, still nak novel tu jugak. cuba bayangkan, korang dah buat novel panjang berjela, and hilang! sedih gila nak mati kan? aku time tu dah siapkan dalam 22 bab. nak dekat dua ratus pages! memang down gila aku hari tuuuuuu! then, aku berhenti sekejap nak buat. tengah fobia sekejap!

Tiba-tiba ibu bagi aku very very happy news!! Dia bagi laptop sebuah dekat aku! And I was like, waaaaaaaaaaa!!! Thanks ibuuuu!!! dari situ aku mula bergiat balik buat novel. aku post novel aku bab per bab dalam blog aku lagi satu. aku just bagitau kawan-kawan yang baik dengan aku je. and, alhamdulillah! dieorang cakap best and keep it up. dari situ jugak aku dapat keyakinan diri and selalu move on nak buat novel lagi dan lagi. dekat sini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dekat kawan-kawan yang selalu sokong aku untuk buat novel yang tak seberapa tu. thanks uollsss!! aku sentiasa menghargai sokongan korang! :)

Start dari akhir tahun 2011 aku buat novel pertama aku. pertengahan tahun 2012 rahsia aku makin lama makin terbongkar.. along aku pun diam-diam dia follow jugak cerita aku. iyalah, dia tu kalau balik rumah memang tak sah bukak laptop aku and check! semua benda aku simpan dalam laptop, semua dia baca. nasib baik aku tak luahkan perasaan aku dalam laptop tu. kalau tak, nahas je aku! haihh.. along cakap cerita aku menarik but ada sikit-sikit perlu ditacap. lepas dia bagi komen, aku selalu bagi dia baca next chapter.. kadang-kadang aku mintak pendapat dia.. dia bagi idea dia sikit-sikit.. memang kerjasama dengan along, the best lah! by the way, thanks along! for your idea..! :D yang tu cerita bila dia cuti dua minggu bulan lepas. tapi, lepas dia coming 'home', aku ada idea baru pulak. novel kedua pun tercipta! ceh, novel pertama tak habis, buat novel kedua pulak. gelojoh kan aku? iyalah, aku ni kalau ada idea memang tak boleh tunggu lama. nanti senang je idea tu keluar. kalau aku dah fikir tu, aku kena cepat-cepat buat. kalau tak, novel kedua entah kemana, novel pertama entah kemana.. 

Wokayh, that's all my stories today..! kalau nak baca novel aku yang aku post tu, sorry.. aku tak boleh bagi link lagi. aku belum bersedia! nanti-nanti aku bagi. for my friends and my gang, siapa yang nak baca novel tak seberapa aku tu, IM okay? other strangers pulak memang sorry sesangat. memang betul-betul tak sedia lagi! Kay, bye!! Assalamualaikum..


Old things | New things