Follow Dashboard
Tokens?

Drama and Novel
Wednesday, 26 December 2012 | 22:28
Assalamualaikum

Rajin pulak aku nak mengupdate entry hari ni. -,-'' Okay, straight to the point. Hari ni aku nak cerita pasal novel sikit. Novel yang akan diadaptasikan menjadi drama. Wahhhh, mesti best kan?

Drama Setia Hujung Nyawa - Slot Akasia. Drama tu diadaptasi dari Novel Setia Hujung Nyawa tawww. That's why aku gilakan cerita tu. Aku sukaaaa sangat cerita tu! Sukaaaaaa sangat!

Masa cuti ni, tak sah aku tak melekap depan TV tepat pukul tujuh malam sampai lapan malam. Kalau orang kacau aku tengok cerita tu, seriously aku marah + mengamuk. So, jangan kacau aku bila aku tengok cerita yang aku suka! Jarang aku ada favourite story taw. Sekali dah ada tu, semua orang tak boleh kacau. Bagi aku tengok sorang-sorang pun tak apa. Aku lagi suka! Hehehe.

Dalam drama tu, aku palingggg suka watak Ikram. So sweet gitu. Eceehhh.. Tapi, watak Zain pun okay jugak.. Handsome and romantik. Semalam aku tengok episod tiga drama ni, yang tak boleh tahan Zain call handphone Ersalina sebab tertukar kasut. Dia panggil Ersalina ni mak cik! Adoiii.. Lawak! Bila Ersalina panggil dia pak cik, tau pulak dia nak marah. Dua-dua ngok ngek! Hahaha. Kesimpulannya, aku sukaaaaaa gilaaaaaa dengan drama tu! Sangat suka! ^^

Okay, that's all. Kalau korang tau Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia!, novel ni pun akan diadaptasi menjadi drama. Dengar-dengar akan disiarkan dalam Slot Akasia. Tapi tak tau bile. Penulis novel ni cakap kemungkinan besar tajuk drama dia akan ditukar. Tapi, kita tunggu je tahun depan. Aku harap drama dia meletopsss! Ahhh, tak sabar!! Tahlah aku gilakan novel tu! Hehehe.


Cover Novel Setia Hujung Nyawa
Aku hanya ingin bersamamu, kerana aku telah terlanjur mencintaimu
Fatin Nabila


Cover Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."
Zura Asyfar

Okay, goodbye! Assalamualaikum.. :)


Old things | New things