Kehidupan Form 3.
Saturday, 30 November 2013 | 06:39
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Jawab salam tu~ Panjang aku bagi. Hehehe ^^
Lama dah tak update post. last post bulan April. sekarang dah nak masuk bulan Disember baru aku expandkan masa nak post balik dalam blog ni. bukan apa, malas je. lepas PMR sibuk nak buat itu ini. bila dah buat, fikir. macam tak berfaedah pun ada juga. balik-balik tengok movie, drama, dengar lagu. hmph. serius aku dah boring duduk rumah. nak keluar rumah pun aku malas.
Okeylah, buat apa aku cerita life aku sekarang kan? memang lifeless lah. hmmmmm... nak cerita apa eh?
Persiapan PMR aku? aha! baru terfikir. boleh juga rasanya. sebab persiapan aku memang killer. betul! tak tipu.
hmm... macam mana nak mula eh? okeylah, aku mula dari result. sepanjang aku form 3 ni, result aku selalu tak konsisten. first exam, Alhamdulillah straight. second exam, turun dapat 4A 4B. trial exam, 7A 1B. PMR? uh, dunno!
first exam memang aku pulun sebab ibu dengan ayah aku cabar aku. kalau aku dapat straight, aku boleh dapat straight PMR. serius time ni aku nak sangat 8A. so, aku sahut. actually time keluar result, aku aim 7A 1B. tapi, tak disangka-sangka BM aku dapat 84. Alhamdulillah. lepaslah dekat situ. aku rasa first exam tu lah yang terbaik antara exam-exam aku yang terdahulu sebab aku dapat top 3 dalam kelas and top 12 dalam tingkatan. sadiskan? baru merasa top 12 dekat KGV. huuuu~
lepas dapat straight, of courseeeelah aku main! hehehe. ibu pun dah tau perangai aku. kalau aku dah dapat, aku berehat.sebelum exam, aku tengok drama korea, buka youtube tak tahulah nak cakap berapa kali aku buka dalam sehari. dengar lagu sambil belajar. senang cerita, memang tak seriuslah. memang mainlah. so, menurun sampai 4A sahaja! 4A?! serius, aku benci result tu. tak nak ingat dah. syuh. syuh.
masa trial, aku boleh dikirakan kurang mainlah... sebab kakak-kakak senior cakap trial pun penting. so no main-main lagi dah! aku concentrate. hah, ni nak cerita ni. masa nak tunggu result, tiba-tiba ibu aku cakap,
"trial ni adik tak payahlah tumpukan sangat. nanti PMR betul-betul adik main-main."
HAH? terkejut punyalah tahap maksimum sampai aku quotekan ayat tu. dah habis exam baru nak cakap? masa exam kemain lagi ibu suruh aku belajar. buka facebook pun dilarang. T.T and resultnya, 7A 1B. along cakap masa hadapan cerah. cehhh. hahaha.
lepas trial tu, terasa masa berjalan dengan pantas. tup tup lagi tiga minggu nak exam. aku tengok Shakir dengan buku, Sabrina dengan buku, Fazlin dengan buku, ahh, senang cerita semua orang dengan bukulah. aku? dengan buku juga, tapi aku tak perasan. sibuk pandang orang sampai diri sendiri belajar pun tak perasan. bila tengok diaorang macam tu, perasaan nak belajar sungguh-sungguh tu datang. mana boleh aku ketinggalan. mana boleh aku tak dapat. aku pun boleh! ceh.
sejak situ aku mula serius. memang betul betul seriuslah. betul betul serius. tak main lagi dah. aku buat jadual belajar, disiplinkan diri, tak tidur petang lagi, buat soalan dari negeri lain, and so on, apa yang aku termampu buat. yang aku tahu masa tu, aku nak 8A. aku nak stay KGV. aku nak banggakan ibu ayah. aku nak berjaya. so, disebabkan kata-kata tu, aku pressurekan diri dengan pelajaran. mulanya tak rasa sangat pressure, sebab aku nak. bila dah lama-lama asyik belajar non stop, aku mulalah rasa tension, pressure, stress sampai aku tak tahan dengan diri aku sendiri.
dua minggu sebelum exam, seingat aku hari rabu agaknya. masa tu rehat kedua. aku duduk sorang-sorang dalam kelas. aku terfikir sendiri, macam mana kalau aku tak dapat 8A? sebab aku tengok Sabrina, Hannani, Shakir, tak adalah seserius aku. diaorang masih lagi bergelak ketawa, borak-borak, main-main. Yang aku? everytime, buku. kadang-kadang tu aku joinlah jugak, tapi tak lamalah. sebab fikir PMR. masa tu aku fikir, orang yang dapat 8A ni macam diaorang ke? rileks and steady? tapi, aku? macam-macam persoalan terjah masuk dalam fikiran aku sampai akhirnya hati aku jadi berat dan senak. Air mata aku akhirnya jatuh di hadapan Khairunnisa. Aku luahkan semuanya dekat dia dengan tangisan.
Tiba-tiba Sabrina masuk kelas ajak aku solat dekat surau. Sepanjang perjalanan pergi surau aku luahkan dekat dia pula. memang air mata tak berhenti keluar. macam-macam aku tanya dia. dia pun agaknya tak tahu nak jawab apa, dia diam je. padahal aku perlukan jawapan. tapi, tak apalah. dia mendengar pun dah cukup. masa solat, aku menangis lagi. memang lepas rehat kedua tu, aku menangis je. menangis. menangis. menangis. sampai cikgu Hasri tegur. tapi masa tu yang aku tahu, aku nak menangis. aku tak kisah orang sekeliling. senaknya hati aku ni hanya Allah je yang tahu. banyak sangat persoalan ditambah lagi dengan pressure nak PMR.
ramai yang tegur aku, jangan pressure sangat. jangan tension sangat. takut nanti blank masa exam. so, aku decide satu jam sehari aku buka twitter atau dengar lagu. Alhamdulillah... seminggu sebelum exam aku okey balik. dan Alhamdulillah jugak, syukur aku dapat jawab dengan baik dan lancar. Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah.
okeylah. tangan pun dah letih nak menaip, otak pun dah kering dengan idea. yang aku harap sekarang, straight A's. kalau tak dapat, tak apalah. mungkin ada hikmah disebaliknya. kita dah buat yang terbaik, kita tawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku. Kita redha dan tawakal.
Doakan Mizan Kamalina binti Parjan dan kawan-kawan di KGV dapat straight A's for PMR 2013! Thank you. ^^V
![]() |
i miss budak tudung kuning tu. awshh. hehehe. |
Assalamualaikum.