2014
Friday, 14 March 2014 | 15:34
Assalamualaikum
Huh. Kehidupan form 4 memang tak dapat disangkal sibuknya. Ni belum masuk universiti lagi dah sibuk macam perdana menteri. Pehhh cerita nak gempak je mizan ni. Haha. Kay gurau je. Cuma tak ada masa nak update blog ni. Result PMR hari tu alhamdulillah... 8A's. Alhamdulillah, syukur kepada Allah bagi permudahkan segalanya.
Okey. Malas nak cerita panjang. Straight to the point. Well, nak tanya satu soalan. Cita-cita apa?
Okey, jawab sendiri-sendiri je la. Hehe
Aku mulanya dari tahun 6 nak jadi pensyarah. Pensyarah yang terbilang dan gemilang katakau. Haha. Tapi, terus bertukar arah nak jadi engineer. Bukan aku yang nak. Tapi, ibu aku yang perkenalkan. Dia cerita anak kawan dia pergi UTP la, pergi sana pakai duit sendirila, gaji dia lumayan la, belum belajar belum tahu la, pengalaman baru untuk keluarga la, tempat tu best la, lawa la. Haihh macam-macam! Rasa kena promote pun ada jugak. HAHA.
Then, rasa macam... hmmm.... muncul soalan cegini.
"Ibu nak anak ibu ni jadi engineer?"
"Nanti kalau adik sibuk macam mana? Macam mana nak jenguk ibu dgn ayah nanti?"
"Nanti kalau anak adik tak jadi orang macam mana?"
"Nanti adik nak kahwin dengan orang kerja apa? Engineer kan busy."
Macam tu sekali aku bertanya! Haha. Bukan apa... speechless. Ibu aku sebelum ni suruh anak-anak dia jadi cikgu atau pensyarah je. Ni, dah menyimpang dari landasan dah ni.
Then, ibu aku jawablah semua soalan aku tu dengan petah berkata,
"Terpulanglah kepada adik. Kalau adik nak jadi pensyarah pun ibu tak kisah. Nak jadi engineer pun ibu tak kisah. Asalkan anak ibu jadi orang, besar nanti."
Hah. Terpulang pulakk. Tadi kemain promote! Haaa tang anak, kahwin tu tamau cerita. Itu belakang cerita. Hehe.
Bila dah kena pujuk segala tu, aku terbuka hati nak cari UTP.
Search and search, terjumpalah Universiti Teknologi Petronas.
Kay. Gambar tak boleh download pulak guna note ni. Kay la search la kalau rajin.
First impression, library dia lawa gilosss. Memang tercengang sangat! Lepas tu, reka bentuk dia ala-ala sepuluh bintang gitu! Lagi laa melopongg!
Lepas dari situ la aku kemain taksub dengan UTP. Pergi mana-mana, UTP. UTP. UTP. Engineer. Engineer. Engineer. Memang dah target nak masuk situ. Nak dapat straight A's, nak masuk situ, nak belajar situ, nak hidup kat situ, nak bergelempangan dekat situ. Ahhh semuanya dekat situlah. Memang teringinnnn sangat nak pergi sana. Seriusssss.
Sebab kedua, aku fikir kalau aku tak ambil bidang pendidikan, aku nak ambil bisnes. Thenn, aku treasure pasal course kat UTP. Engineer semua wajib ambil minor business. Menjeritttt!! Lagi kuat perasaan nak masuk sana!
Perkara penting nak kena dapat untuk masuk sana,
● straight A's + in SPM.
● A or at least C in addmath, physics, chemistry and math mode.
● can speak in english
Itu je yg baru aku treasure. Sebabnya dekat sana memang pelajar-pelajar genius je. so, siapa yang dapat C or B dalam mata pelajaran yang aku list tadi, itu dia masuk ikut duit dia sendiri. Kira macam swasta laa. Tapi kalau straight, bawah tajaan. Insya-Allah. So, aku dah target, nak masuk sana bawah tajaan. Tak nak menghabiskan duit. Belajar pandai-pandai, Insya-Allah dapat... Amin!
'If you want to change the fruits, fisrt you have to change the roots, if you want to change the visible, you must first change the invisible"- T. Harv Eker, Secret of the Millionaire Mind
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, WAIT FOR ME!